Thursday, April 30, 2009

Main Futsal..

Tengah memberi arahan....

Relaks jap....

Antara aksi menarik....

Kelmarin aku dan warden lain bawa budak-budak asrama buat latihan futsal. Aktiviti ni dibawah aktiviti asrama dan dijalankan setiap petang Rabu. Selain latihan, kami menguji kemahiran budak-budak asrama dalam permainan futsal. Dan juga untuk mengempiskan perut aku...

Monday, April 27, 2009

Fakta menarik....

Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan 'pergi' ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh....

Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat Agung PADA

Masih cerita yang sama tentang hal aku pergi Temerloh. Selepas habis majlis perasmian PUSKOM, mesyuarat agung Persatuan Pekak Pahang atau ringkasnya PADA diadakan ditempat yang sama majlis perasmian PUSKOM. Pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti PADA dan laporan kewangan dimulakan dulu.

Lepas tu baru pemilihan Exco PADA. Dari pengamatan aku, barisan exco PADA sesi 2009-2011 ni majoritinya orang yang sama. Hanya pertukaran jawatan jer. Aku tengok orang pekak Pahang ni bila nak pilih calon terus cadang jer, tak tengok latar belakang calon tu sama ada calon ni berkelayakan atau boleh buat kerja. Kita tengoklah macam mana perjalanan persatuan ni dibawah Presiden baru. Walau apa pun, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Presiden PADA yang baru, En. Johnson Ting.

PUSKOM


Semalam aku dan isteri pergi ke Temerloh untuk majlis perasmian Pusat Komunikasi Orang Pekak atau ringkasnya PUSKOM negeri Pahang. Majlis ni ringkas jer. Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Saifudin Abdullah tapi malangnya beliau tak dapat hadir, maka wakil beliau telah merasmikan pusat tu.
Penubuhan pusat ni bagi aku amat baik untuk orang pekak khususnya di negeri Pahang ni. Teringat masa aku mula-mula sampai KL dulu. Persatuan kat sana iaitu KLSD buat majlis perasmian pusat IT mereka. Bezanya nama lain jer.
Kat majlis ni dapatlah aku berjumpa kawan-kawan pekak lama time aku kerja kat KL dan bekas pelajar tuisyen aku kat pusat pengembangan bahasa EMKAY sebelum aku jadi guru. Ada juga bekas pelajar SKPK Kuantan masa aku buat R.O.S dan praktikal kat SKPK Kuantan. Banyaklah cerita yang kami bualkan.
Cuma yang tak berapa best ialah aturcara majlis ni berserabut. Nasib baik bukan Dato' yang datang. Aku rasa kepimpinan orang pekak Pahang kena perbaiki kekurangan ini. Sikap dan perlakuan bila berbicara dengan orang normal perlu diubah. Itu pandangan aku lah...tak tau macam mana pandangan orang lain.

Tuesday, April 21, 2009

Namun Ku Punya Hati





Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini
Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Sunday, April 19, 2009

Interactive Evalution System (IES)


Program ni untuk matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tahun 3 dan 4. Program ni sesuai digunakan dalam bilik darjah supaya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Jadi banyak kerja yang perlu dilakukan oleh guru yang terlibat untuk menyediakan bahan-bahan dalam program ini. Oleh kerana aku juga mengajar matapelajaran Sains tahun 4, maka aku pun turut sama terbabit.
Murid-murid rasa seronok sebab bila jawab soalan yang terpapar di skrin layar, mereka hanya perlu tekan butang pada remote masing-masing. Yang tak seronoknya akulah sebab banyak masa kena sediakan bahan-bahan untuk program ni....

Wednesday, April 15, 2009

Fuhh...Lega.

Sepanjang minggu lepas aku betul-betul tension nak siapkan pamplet(apa-apa jelah) ni. Ketua panitia lain dah siap buat, aku jer yang kelam-kabut nak buat...Yang lain dah siap buat tapi hanya belum print jer..haha!!

Aku kena buat dua, satu untuk panitia Kajian Tempatan/Sivik dan satu lagi untuk asrama. Pening betul kepala aku ni. Pamplet lama dalam laptop pulak dah hilang. So, aku kena buat semula lah. Kalo ada yang lama, aku hanya perlu edit jer...

Last dapat jugak aku siapkan benda ni...

Sunday, April 12, 2009

Program Kecergasan Asrama Bulan April


Program kecergasan asrama bulan April telah aku dan warden lain jalankan pada 12 April lalu. Aktiviti ini dijalankan pada waktu pagi didataran kejat sekolah.
Antara aktiviti dalam program ini ialah permainan softball bagi murid masalah pendengaran.
Bagi murid masalah penglihatan pula, mereka bermain aktiviti boling yang menggunakan bekas air.
Semua murid rasa seronok melakukan aktiviti ini. Dan sebagai warden, aku pastinya rasa seronok jugak sebab dapat terlibat sama maksudnya aku pun sama-sama bermain permainan softball dengan murid-murid...hahaha!! Teringat zaman kecik-kecik dulu, selalu jugak aku main dengan kawan-kawan kat kampung.

Friday, April 10, 2009

KHEMAH IBADAH ASRAMA 09


Program khemah ibadah asrama SKPK Kuantan 09 selamat dijalankan pada 4 April yang lalu. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu menambah ilmu pengetahuan keagamaan dan sahsiah diri murid asrama. Aktiviti ini dijalankan selama satu hari. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Suhardi.
Selain aktiviti ceramah, aktiviti dalam kumpulan (ADK), pembentangan dan demontrasi oleh murid turut sama dijalankan. Melalui aktiviti ini, murid asrama dapat mengembangkan idea, memberi pendapat dan pandangan serta menunjukkan bakat dalam lakonan.




Wednesday, April 8, 2009

Perkembangan Staff


Salam....

Dua hari lepas, aku dan staff SKPK Kuantan terlibat dalam aktiviti perkembangan staff. Ceramah di sampaikan oleh guru bimbingan & kaunseling sekolah aku. Aktiviti ni tiap-tiap bulan diadakan. Nanti setiap guru kena bentangkan ceramah ikut kumpulan. Ni yang aku rasa tak best sangat. Kena cakap depan pulak, biasalah aku ni gelabah sikit..haha! Tengoklah nanti macam mana ceramah kumpulan aku...kalo aku yang kena bercakap kat depan, baik aku minta MC satu ari...hahaha!!!

Monday, April 6, 2009

Waktu senggang bersama murid asrama


Salam...


Ini lah aktiviti aku time waktu free kat asrama. Main korum dengan murid kat bilik rehat asrama time hujung minggu. Petang-petang lepas habis siram pokok sayur, kalo mood aku baik, aku main bolasepak dengan murid-murid kat dataran kejat. Dapat gak kuarkan peluh dan kurangkan berat badan..hehe!

5 Maju 09


Salam semua...
Tahun ni aku masih lagi jadi guru kelas 5 Maju. Dah 5 tahun aku pegang kelas ni. Murid-murid yang masuk kelas ni, semua baik-baik belaka dan senang nak ajar. Hamizan, Azrul, Kan, Luqman, Ilham, Azizah dan Goh adalah murid-murid kelas aku tahun ni. Kadang-kadang aku garang jugak, tapi bukan terlebih garang. Hanya kalau murid-murid aku malas, nakal atau tak buat kerja sekolah, barulah aku garang. Setakat ni, semua berjalan dengan baik.
Tahun ni aku ajar subjek Sains, Kajian Tempatan, Bahasa Malaysia. Subjek Sains susah jugak nak ajar, maklumlah kena ajar dalam BI. Aku tak mahir sangat BI ni. Kesian jugak pada murid-murid khas pendengaran ni. Dahlah BM mereka susah nak kuasai, ni BI lagi sukar. Nak isyaratkan satu-satu istilah Sains dalam dalam BI pun sukar. Tak banyak isyarat untuk istilah Sains ni. Jadi, satu tajuk perlukan masa yang lama untuk murid-murid menguasainya. Bagi aku ini satu cabaran yang perlu aku hadapi sebagai seorang guru.

Thursday, April 2, 2009

Lapang Minda 1








Salam semua...




Ni aku nak cerita serba sedikit tentang aktiviti asrama disekolah tempat aku mengajar. Di asrama sekolah aku ni, selain murid masalah pendengaran, murid masalah penglihatan turut tinggal disini. Sebagai warden asrama, aku dan warden-warden lain kena melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti lapang minda setiap bulan. Selain aktiviti lapang minda ni, banyak lagi aktiviti menarik yang telah dan akan dilaksanakan. Semua aktiviti ini untuk menghindarkan penghuni asrama tidak rasa bosan tinggal di asrama.