Tuesday, September 29, 2009

Nasib Baik...

Salam semua..
Entri kali ini aku nak cerita tentang keadaan rumah warden
yang aku duduki selama aku jadi warden
Semalam aku tinjau kat rumah tu yang dah kosong
aku tengok alang bumbung yang dibaiki dulu ok jer
tapi tiba-tiba mata aku terpandang alang satu lagi
yang menempatkan 2 tangki air
kayu tu retak dan hampir patah
cuba bayangkan kalau aku masih lagi duduk kat situ
patutlah tiap-tiap kali kalau tangki air tu penuh
isteri aku dengar macam bunyi benda patah jer..
ingatkan alang kayu kipas jer yang patah
walau apa pun...aku bersyukur tak ada berlaku
kejadian yang tak diingini...amin.
Sepatutnya pihak yang terbabit membina bangunan ni
mesti buat pemantauan selalu
aku hairan jugak macam mana bangunan ni
dapat kelulusan menduduki sedangkan
banyak kecacatan pada struktur bangunan sekolah ni
jangan sampai berlaku kejadian baru nak sibuk-sibuk

Ni alang kipas yang dah dibaiki

Inilah alang yang retak tu

Tinggal sikit lagi nak patah terus






Tuesday, September 22, 2009

Cerita Di Hari Raya 2

Berkelah kat Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Anak saudara tengah tengok Pak Su
berenang ke tepi pantai
Letih lepas berenang





Cerita Di Hari Raya

Posing dengan isteri aku...

Juadah raya banyak betul
Rambang mata nak pilih

Posing lagi...
Merah menyala pulak tu

Dengan emak tercinta

Isteri aku dengan mak mertuanya...





Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI



Salam semua...
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pengunjung blog Sepanjang Jalan ini. Terima kasih kerana melawat blog aku yang tak seberapa ini. Mohon maaf kiranya ada tulisan dan coretan dalam blog ini yang tanpa disedari menyinggung perasaan. SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.



Monday, September 14, 2009

Munsyi Abdullah beri nasihat...

Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula, katanya, “ Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat.” Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.

Tuesday, September 8, 2009

Pemindahan Barang-barang Asrama Putera

Salam semua..
Cuti 3 hari lepas aku dan warden lain
Buat operasi pemindahan barang2, perabot
yang ada di asrama putera.
Ini kerana asrama lelaki perlu di kosongkan
Untuk memudahkan kerja2 pembaikian
bumbung asrama putera dan puteri
untuk fasa 1 ini, blok yang terlibat adalah
blok pentadbiran dan asrama putera
blok pentadbiran sudah di kosongkan
sebelum cuti pertengahan penggal ke 2 sekolah lagi
mula-mula JKR cakap pengosongan asrama
pada bulan Oktober iaitu selepas hari raya
last2 kena kosongkan juga dalam bulan September
oleh yang demikian
terpaksalah aku, warden2, 2 guru, PPM dan penyelia asrama
pindahkan barang2 ke asrama puteri
kerja2 dilakukan pada waktu pagi dan malam
tambahan pula bulan puasa ni
lagilah letih gila
pulak tu kena buat kerja sampai pagi
gambar2 kat bawah ni PPM yang snap kan
aku pun ada jugak ambik sendiri
biasalah trademark aku...haha!!

Tengah alihkan almari kat bilik stor
kena pakai topeng..habuk banyak

Almari yang 'tersadai'...

Ruang tamu rumah aku yang dah kosong
tinggal baju kerja saja

Posing jap...ni waktu malam
penat gila..




Thursday, September 3, 2009

Berbuka Puasa, Solat Terawih & Solat Hajat

Dengan si Zafit sebelum solat terawih

Salam semua..

Majlis berbuka puasa PIBG dan asrama

Telah dijalankan pada 3 Sept. 09 lalu

Majlis ini juga mengadakan solat hajat

Untuk murid-murid tahun 6 atas

Yang akan menduduki UPSR

Sebagai warden dan juga guru

Aku ucapkan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Semoga beroleh kejayaan..Amin



Penyakit Jiwa Manusia

al-ham, humum ( keresahan, gelisah )
- manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku. Menanti sesuatu, dia resah. Menunggu sesuatu, dia resah.

al- hazan ( dukacita, sedih )
- Ke atas sesuatu yang telah berlaku.

al-’ajz ( lemah )
al-kasl ( malas )
- Sifat lemah dan malas, membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif, yang tidak boleh diharap, yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab.

al-jubn ( sifat takut )
- Takut dalam menyatakan kebenaran. Takut dalam menyatakan yang hak. Takut melakukan sesuatu yang benar.

al-bukhl ( sifat kedekut )
- Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya. Enggan bersedekah, enggan memberi.

gahalabatid-dain ( beban hutang )
- Hutang yang banyak, yang melingkari tubuhnya. Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak. Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu seperti makan, minum, rumah, tempat tinggal dan sebagainya.
- Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu. Hanya semata- mata mengikuti corak kehidupan yang mewah. Melihat orang senang, dia ingin senang. Melihat orang mewah, dia ingin mewah. Melihat orang ada sesuatu, dia pun nak ada sesuatu. Maka dia sanggup berhutang. Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu, dan hamba perasaan, membawa kepada kedukaan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya.

Tuesday, September 1, 2009

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa Happy...(Lawak)

1. Tak perlu mengandung
2. Boleh kencing merata-rata
3. Kerjanya sama, tapi gaji lebih
4. Kedekut dan boroi lambang kejantanan
5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka
6. Berbual di telefon 30 saat saja
7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari
8. Dipuji sebab berjaya keluarkan idea ciput
9. Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak ( ada tiga helai )
10. Boleh pakai baju yang berkedut
11. Apa yang ada di muka semuanya ori
12. Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad
13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak
14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam...!!!
15. Misai berserabut? No hallah...