Sunday, December 27, 2009

Kereta Rosak....

Pakcik aku tengah baiki kereta aku

Shaft drive yang pecah

Pam air radiator yang bocor....

Sunday, November 29, 2009

Ulang Tahun ke-3 Perkahwinan dan Hari Jadi Isteri

Kek hari jadi isteri aku

Kek ulangtahun ke -3 perkahwinan

Hari Raya Aidiladha




Salam semua..

Entri kali ini berkenaan sambutan hari raya aidiladha keluarga sebelah isteri aku. Tahun ini meriah juga sebab ramai abang dan kakak ipar serta biras aku balik kampung. Tambah lagi dengan anak saudara yang ramai. Riuh rendah lah rumah mertua aku dengan suara budak-budak yang tak reti duduk diam. Kat sini aku letak beberapa gambar aku sempat rakam...

Saturday, November 28, 2009

Jamuan PPM Asrama



Salam semua...

Jamuan BBQ asrama anjuran PPM asrama
telah diadakan di Camp Site,
Pusat Rekreasi Air Pantai Balok

Aktiviti ini berjalan dengan baik
walaupun terdapat beberapa kelemahan
bagi aku aktiviti macam ini
dapat mengeratkan hubungan
antara GPK, warden asrama, penyelia dan PPM asrama

Selain itu, ia diadakan
sebagai jamuan perpisahn PPM asrama
yang akan bertukar tugas ke kelas
mulai tahun depan
PPM kelas pula akan bertukar ke asrama...



Jamuan Akhir Tahun Asrama 09

Ejam, Eymran dan Hisam dengan aksi tersendiri

Salam semua,

Dah lama aku tak masuk cerita baru dalam blog ni. Bukannya apa, aku sibuk sikit dengan kerja, lagi pun dah dekat cuti sekolah. Banyak kerja kena selesaikan dulu.

Entri kali ni tentang jamuan akhir tahun asrama 2009. Jamuan ni dibuat selepas semua AJK Asrama habis mesyuarat asrama. Macam biasa lah, jamuan asrama bertempat di dewan makan asrama. Kena ikut bajet, kalau tak boleh buat kat luar. Walau apa-apa pun, makanannya best jugak. Korang tengoklah dari gambar ni. Tak banyak sangat, sebab aku sendiri pun sibuk melantak..hahaha!














Ni aksi trademark aku...

Tuesday, November 10, 2009

Sunday, November 8, 2009

Antara Emak dan Pasangan Kita....

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....

Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Wednesday, October 28, 2009

Jamuan Raya Asrama

Salam semua...
Jamuan hari raya asrama aku
dibuat pada 27/10 yang lalu
bertempat di dewan makan asrama
selain jamuan makan
ader juga penyampaian
hadiah untuk dorm terbersih
time dapat hadiah ni
budak-budak memang suka sangatlah
kat bawah ni
gambar-gambar yang sempat aku rakam

Murid-murid kusyuk ketika Guru Besar menyampaikan nasihat

Guru Besar memberi nasihat untuk murid-murid asrama

Cikgu Shida sedang membaca markah dorm terbersih

Pemenang dorm terbersih asrama puteri

Pemenang dorm terbersih asrama putera

Aku kena juga buat ucapan aluan

Antara hidangan jamuan raya

Tengah kusyuk tu...

Murid-murid menjamu selera

Sabar yer...kejap lagi boleh makan lah...

Tuesday, October 13, 2009

SUKANEKA Asrama 2009

Salam semua,
Semalam 13/10/2009 bertempat dipadang
SK. Indera Mahkota (SKIM)
telah diadakan aktiviti tahunan asrama iaitu
SUKANEKA ASRAMA 2009
Macam biasalah...aktiviti ini sangat meriah
maklumlah budak-budak memang suka
aktiviti macam ini...
untuk tahun ini, aku, cikgu Ija dan cikgu Shida
sebagai warden asrama yang handlekan aktiviti ini
cikgu imran dan cikgu ejam tak dapat turut serta
sebab kena pergi kursus
kami dibantu oleh PPM asrama
yang diketuai oleh cik Normah dan lain-lain PPM
seperti en. hisam taib, cik farisha, cik fadzilah,
pn. ainon dan pn. nadia
tak lupa juga kepada guru-guru yang jadi hakim
cikgu Rahimi, cikgu Akma, cikgu Intan, cikgu CT,
ustazah Fazilah dan anaknya
isteri aku pun ikut tolong jugak..haha!
Last sekali penyelia asrama yang uruskan
pembelian barang-barang, makan minum dan cenderahati
Pn. Ainon Dollah..
Tahun ni acara tak banyak sangat
sebab kekangan masa
antara acara-acaranya...
bawa bola ping pong dalam sudu, bawa bola celah kangkang,
isi air dalam botol, cari gula-gula dalam tepung,
dan yang paling best sambut belon berisi air,
tiup belon sampai pecah, pecah belon guna kaki
Korang boleh tengok aksi-aksi yang sempat
aku rakam kan
tak banyak sangat sebab aku sendiri sibuk
uruskan acara dan peserta...
Aksi Afikah dalam acara cari gula-gula dalam tepung

Cikgu Akma sedang perhati aksi kumpulannya

Maliki sedang ambil gula-gula dengan mulut..

Aksi bawa bola celah kangkang

Azwanie bawa air dalam span...

Cikgu Shida dan cikgu Akma beri semangat tu...

Aksi Suraidi (Babak) tiup belon...

Jatuh lagi bola tu...

Ariff cuba main tipu...haha!!!









Wednesday, October 7, 2009

Futsal Lepas Puasa...

Salam semua...
Semalam aku bawa budak-budak asrama main futsal
Aktiviti ini berhenti rehat sekejap masa bulan puasa
Dah lepas puasa ni..
budak-budak asyik tanya bila nak main futsal
So, aku dan warden lain bawa lah budak-budak ni
main futsal..
bukan budak lelaki saja
budak perempuan pun nak ikut jugak
maklumlah, dataran kejat sekolah aku
dah jadi sempit dan tak sesuai budak-budak nak beriadah
korang tengoklah aksi budak-budak ni..
Penat betul...lama tak keluar peluh....

Aksi Suhana depan pintu gol...

Rogayah sedang gelecek bola...ada skil tu.

Aksi penjaga gol pro dari Safira..