Monday, July 27, 2009

Apa pendapat anda?

Salam semua...
Entri kali ni aku ambil dari blog lain yang aku baca.
Mungkin ada antara anda belum baca.
Bukannyer apa..
Sebagai guru aku terpanggil juga nak kongsi pendapat dengan anda semua
"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."
Ayat dalam bahasa Malaysia selepas diterjemahkan berbunyi begini:
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."
Haha..!!! Anda rasa macam mana???

Sunday, July 26, 2009

Selamat Bertunang...

Salam semua..
lepas habis latihan dalam perkhidmatan hari tu
aku terus drive ke rumah kakak ipar
kat kampung padang, kuantan
ada majlis tunang anak buah isteri aku
isteri aku dah tunggu kat situ
aku tak sempat nak tukar baju
majlis ini kecil saja
tapi meriah
apa-apa pun aku dan isteri nak ucapkan
'SELAMAT BERTUNANG'

posing lepas majlis


Latihan Dalam Perkhidmatan

Salam semua...
Sabtu lepas 25.7.2009
Sekolah aku buat latihan dalam perkhidmatan
untuk semua staff sekolah
tajuk kali ini tentang
pengurusan kewangan dan rekod kedatangan murid
lama jugak kena duduk
bosan jugak sebab serius sangat..


slaid ceramah..

tengah salin nota...hehe!




Sunday, July 19, 2009

Lapang Minda di Pantai Balok

Salam semua...
Sabtu lepas asrama sekolah aku
buat aktiviti outing
untuk bulan Julai
kali ni buat kat Pantai Balok pulak
aktiviti ni turut disertai oleh
3 orang guru pelatih
yang buat pratikal kat sekolah aku

Budak2 jadi pelombong pulak

Rehat jap..
makan dulu..

tiup tepung cari gula2


tiup belon sampai pecah
ada yg main tipu...hehe!!!


panaskan badan dulu...
memang dah panas badan tu..




















Bersama Guru Besar SKPK

Salam semua..
Minggu lepas ada perjumpaan murid asrama
dengan Guru Besar
untuk memberi nasihat
dan mengetahui masalah murid asrama
juga hadiah
untuk bilik-bilik bersih, cantik dan kemas
Pemenang dorm bersih, cantik dan kemas
asrama puteri

Pemenang dorm bersih, cantik dan kemas
asrama putera

Amanat dan nasihat daripada Guru Besar




Sunday, July 12, 2009

BerBBQ...

Nampak sedap tu...

Posing jap..


SUKAN TAHUNAN


Team 4x100m perempuan


Kontijen rumah Merah(Putra)
Sukan tahunan sekolah aku selamat dijalankan
Tahun ni rumah merah kurang menyerlah
Walaupun tak menang
Semangat kekeluargaan tetap tinggi
Terima kasih kepada guru, PPM dan murid2 rumah merah
Tahun depan kita cuba lagi....

Wednesday, July 8, 2009

KTBM @ BIM?

Salam semua...
Dah lama saya tak masuk blog ini. Sepanjang dua minggu lepas, saya sangat sibuk dengan sukan tahunan sekolah saya. Dalam sibuk-sibuk, sempat juga saya jenguk-jenguk blog kawan-kawan pekak yang lain.
Tentu anda semua tertanya-tanya tentang tajuk ini. Sebagai guru pekak, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya tentang isu orang pekak yang hangat diperkatakan dalam beberapa blog kawan-kawan pekak lain.
Isu penggunaan KTBM dan BIM di sekolah-sekolah pendidikan khas pekak negara ini sudah lama diperkata dan diperdebatkan. Bagi saya, kedua-duanya sama-sama penting kepada murid-murid pekak. Saya tidak menyokong mana-mana pihak. Walaupun saya sendiri terdedah terlebih dahulu kepada BIM, bagi saya KTBM juga penting kepada murid-murid pekak.
Murid-murid pekak di sekolah rendah lebih didedahkan kepada penggunaan KTBM. Ini adalah dasar kerajaan dan sebagai guru pendidikan khas serta kakitangan kerajaan, saya perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan. Walaubagaimana pun, bukan bermakna BIM tidak digunakan langsung. Tanyalah mana-mana guru pendidikan khas pendengaran, mereka pastinya ada menyelitkan BIM untuk memudahkan penerangan sesuatu tajuk pelajaran.
Pendidikan khas pendengaran sekolah rendah berbeza dengan sekolah menengah. Ini adalah kerana disinilah murid-murid pekak mengenal perkataan, ayat, imbuhan dan memperkembangkan bahasa mereka. Sebagai contohnya, seorang murid diminta membaca petikan teks dari buku Bahasa Melayu. Murid ini akan membaca menggunakan KTBM yang ada isyarat imbuhan 'ter', 'ber', 'an' dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa tatabahasa dan nahu Bahasa Melayu begitu kompleks. Kadang-kadang murid pekak terkeliru dengan perbezaan makna sesuatu perkataan.
Ini berbeza dengan murid-murid pekak sekolah menengah. Mereka ini lebih terdedah dengan BIM melalui pergaulan dan komunikasi dengan orang pekak dewasa. Walaupun KTBM digunakan, tetapi penggunaannya sangat sedikit. Kadang-kadang saya perhatikan guru sekolah menengah pekak sukar mengikuti isyarat yang digunakan oleh pelajar mereka.
Murid-murid pekak yang mempunyai adik, kakak, abang atau ibu bapa pekak lebih mudah menguasai kedua-dua bahasa KTBM dan BIM. Dan yang penting mereka ini mudah menerima pengajaran yang di ajar oleh guru.
Guru-guru pendidikan khas pekak sendiri rasa serba salah dan tersepit dalam perkara ini. Kebanyakan dari mereka ini ada menggunakan BIM kerana lebih mudah untuk menerangkan sesuatu topik pelajaran.
Saya rasa kedua-dua bahasa isyarat KTBM dan BIM sama penting dan saling sokong-menyokong. Apa yang penting pemimpin pekak haruslah sama-sama berganding bahu membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid pekak dalam akademik. Pemimpin pekak juga perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya sukatan matapelajaran murid pekak diubahsuai sesuai dengan tahap kemahiran murid-murid pekak.