Friday, August 28, 2009

RON95 VS RON97

Salam semua...
Entry ini aku ambil sebahagian dari akhbar Kosmo.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna?
Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?
Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di
Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).
Adakah RON97 lebih baik daripada RON95?
Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?
Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana.
Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan.
Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas.
Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar.
Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin. Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Monday, August 17, 2009

Operasi Pindah Meja Bilik Guru

Dah habis angkat meja

Lepaskan penat jap...

Salam semua...
Tadi aku dan guru-guru lelaki
angkat meja dalam bilik guru
pindah ke garaj bas

nanti blok pentadbiran
kena tukar bumbung baru..
so, kami semua kena pindah
ke blok sokongan

penat jugak angkat meja ni..
sekurang-kurangnya
boleh jugak kempiskan
perut aku ni..hehehe!!!



Cub Prix Petronas

Pelumba mengambil selekoh

Kategori expert akhir

Pecutan diselekoh lurus


Salam semua..
Dah lama aku tak masuk entri baru..
Bukan apa, tak ada cerita yang menarik
nak aku masukkan dalam blog ni...

Minggu lepas aku balik Rompin..
ada kenduri kat rumah isteri aku
dalam perjalanan balik ke Kuantan
aku berhenti kat Pekan

masa tu ada kejuaran
cub prix petronas
yang di adakan
di taman tasik Sultan Abu Bakar, Pekan
tempat itu cantik
dan litarnya pun cantik
kali terakhir aku tengok cub prix
tahun 2007
kat litar taman bandar, indera mahkota







Wednesday, August 5, 2009

10 Sebab-sebab Doa Tidak Diperkenankan Oleh Allah

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.
3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.
4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.
5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.
6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.
7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.
8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.
9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.
10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Sunday, August 2, 2009

Teringat-ingat...

Salam semua...
Entrie kali ni aku ambik dari email
Yang aku terima dari kawan...
Aku tergelak2 baca benda ni...cepatnya zaman kita berlalu...
budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:
- dulu kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu ada datang jugak naik lori sape yang kaya beli vitagen.. warna putih paling sedap..
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. mesti ada satu buku yang best semua berebut contohnya buku lori yang tayar banyak,takpun buku kapal terbang budak pompuan baca cite dongeng pastu masuk kelas berlagak jadi puteri raja..
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm...kalau cikgu nak bagi ganti..rmt masa tu semua mengaku tak bawak duit belanja
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. yang lelaki main tembak2, tepak sape beso pengkalan perang diala power.. takpun ambik pembaris dengan pemadam letak bawah tepak, main lori - lori..
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam tapi pastu ukir jadi kereta sport, kat koperasi sekolah macam2 pemadam jual gambo bendera paling popular , yang bau singgam pun ade..
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.lepas tu beli tali ikat buku yang warna-warni tu barula nampak macam budak rajin... pastu beli kepala ultraman nak letak belakang pensel..
- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.pastu ambik bulu dia simpan dalam buku kononnya boleh beranak
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, buat pinggan mangkuk pakai gam kanji..
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. letak minyak bon kat sekben kononnya boleh panjang..
- bila time nak balik cikgu mesti suruh letak kepala atas meja sape yang paling diam dia balik dulu masa tu kelas sunyi sepi semua nak balik awal..
- bila dah balik yang laki main polis entri dak pompuan main lubang tikus takpun main getah ada gak yang main konda kondi.. lagi satu kumplan pulak mesti pakai beg beso jenama swan warna ungu kat tangan pegang botol air yang macam meriam tu ambil tunggu bas, bila ajak main sekali confirm tak nak..
- yang main kejo2 mesti kira kat kaki sebelum main pastu ramai2 kira "ulat bulu panjat lidi sapa dulu dia jadi"
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, transformers, ninja turtles,kickers,dashyankuro Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. kalau cite ultraman yg popular masa tu ultraman ace.. bila hakuto dan minami bergabung mesti teruja. tu belum kira airwolf dengan knight rider
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
huhu~
Macam ni lah zaman sekolah aku dulu...
Pegi sekolah jalan kaki...
Balik sekolah mesti kasut putih jadi merah...hehe!!
Sebab main galah panjang.....