Monday, May 14, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Salam semua...

Sudah lama tak menulis dalam blog ini. Kesibukan masa dengan tugas mengajar selain menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tutor, merupakan antara faktor mengapa saya kurang mengemaskini blog ini. Tambahan pula, saya baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Jadi tumpuan saya lebih untuk menghadapi peperiksaan ini. Dan kini saya cuba meluang sedikit masa untuk menukilankan cerita tentang diri, kerja seharian dan kehidupan saya.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada rakan-rakan yang bergelar pendidik dan juga kepada bekas guru-guru saya yang telah mencurahkan ilmu kepada saya sehingga saya mencapai apa yang saya perolehi pada hari ini.

Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Terima kasih Cikgu....