Sunday, November 29, 2009

Ulang Tahun ke-3 Perkahwinan dan Hari Jadi Isteri

Kek hari jadi isteri aku

Kek ulangtahun ke -3 perkahwinan

Hari Raya Aidiladha




Salam semua..

Entri kali ini berkenaan sambutan hari raya aidiladha keluarga sebelah isteri aku. Tahun ini meriah juga sebab ramai abang dan kakak ipar serta biras aku balik kampung. Tambah lagi dengan anak saudara yang ramai. Riuh rendah lah rumah mertua aku dengan suara budak-budak yang tak reti duduk diam. Kat sini aku letak beberapa gambar aku sempat rakam...

Saturday, November 28, 2009

Jamuan PPM Asrama



Salam semua...

Jamuan BBQ asrama anjuran PPM asrama
telah diadakan di Camp Site,
Pusat Rekreasi Air Pantai Balok

Aktiviti ini berjalan dengan baik
walaupun terdapat beberapa kelemahan
bagi aku aktiviti macam ini
dapat mengeratkan hubungan
antara GPK, warden asrama, penyelia dan PPM asrama

Selain itu, ia diadakan
sebagai jamuan perpisahn PPM asrama
yang akan bertukar tugas ke kelas
mulai tahun depan
PPM kelas pula akan bertukar ke asrama...



Jamuan Akhir Tahun Asrama 09

Ejam, Eymran dan Hisam dengan aksi tersendiri

Salam semua,

Dah lama aku tak masuk cerita baru dalam blog ni. Bukannya apa, aku sibuk sikit dengan kerja, lagi pun dah dekat cuti sekolah. Banyak kerja kena selesaikan dulu.

Entri kali ni tentang jamuan akhir tahun asrama 2009. Jamuan ni dibuat selepas semua AJK Asrama habis mesyuarat asrama. Macam biasa lah, jamuan asrama bertempat di dewan makan asrama. Kena ikut bajet, kalau tak boleh buat kat luar. Walau apa-apa pun, makanannya best jugak. Korang tengoklah dari gambar ni. Tak banyak sangat, sebab aku sendiri pun sibuk melantak..hahaha!














Ni aksi trademark aku...

Sunday, November 8, 2009

Antara Emak dan Pasangan Kita....

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....

Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......