Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat Agung PADA

Masih cerita yang sama tentang hal aku pergi Temerloh. Selepas habis majlis perasmian PUSKOM, mesyuarat agung Persatuan Pekak Pahang atau ringkasnya PADA diadakan ditempat yang sama majlis perasmian PUSKOM. Pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti PADA dan laporan kewangan dimulakan dulu.

Lepas tu baru pemilihan Exco PADA. Dari pengamatan aku, barisan exco PADA sesi 2009-2011 ni majoritinya orang yang sama. Hanya pertukaran jawatan jer. Aku tengok orang pekak Pahang ni bila nak pilih calon terus cadang jer, tak tengok latar belakang calon tu sama ada calon ni berkelayakan atau boleh buat kerja. Kita tengoklah macam mana perjalanan persatuan ni dibawah Presiden baru. Walau apa pun, aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Presiden PADA yang baru, En. Johnson Ting.

2 comments:

  1. betul kata cikgu..
    x best la cadang tu..
    lebih baik wat undi..haha..
    syafiq pilih cgu hisham..
    cgu hisham!!
    cgu hisham!!
    hehe...

    ReplyDelete
  2. thank syafiq sokong cikgu..tp cikgu tak minat nk jawatan cz cikgu ada pengalaman kerja dgn NGO pekak..SUSAHHH...

    ReplyDelete