Thursday, June 18, 2009

"Untukmu, sahabatku.."

Buat semua yang bersahabat....

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka untuk mencari rezeki yang lebih baik. Setelah seharian berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika sampai di sebuah persimpangan..
Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak sangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah..
'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, sehinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'..
Sahabat yang bertubuh besar terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?"
Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."
Nota: Buat semua sahabat aku..terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat kalian

Tuesday, June 16, 2009

Bersantai di Tasik Chini...

Air tasik yang tenang dan mendamaikan.
Nun disana, adalah Gunung Chini.
Menurut legenda yang terkenal...
gunung Chini adalah tempat tinggal naga
yang menjaga Tasik Chini....


Bunga teratai tumbuh dengan banyak di Tasik Chini
Ketika aku datang musimnya sudah hampir tamat
Buah teratai yang aku petik
boleh dimakan mentah-mentah...
ataupun goreng aje..
rasa macam kentang jer..
biji teratai yang kering..
campak jer dalam kolam (kalau ade)
boleh tumbuh sendiri



Orang asli yang tinggal berhampiran tasik..
aktiviti harian mereka menagkap ikan..
dan mencari akar kayu dalam hutan..

Posing jap..
naik bot keliling 9 tasik untuk 4 orang..
RM50 ringgit malaysia..
ader banyak tasik lagi...
sekali dengan lawatan sungai Cini...
sungai Pahang, empangan...
dan 'Snake Hole'..






Monday, June 8, 2009

L.Ramlee...


Salam semua..
Semalam aku pergi tengok konsert 60an sempena pesta Rompin.
Sempat jugak aku ambil gambar dengan penyanyi yang aku suka..
Bukan aku saja yang minat..
Arwah abah dan mak aku minat jugak..
Dulu-dulu masa aku kecik..
Selalu jugak dia turun kat felda tempat aku..
Masa tu mana ada kamera..
Bukan mampu macam sekarang..
Dah lama minat nak ambik gambar..
Tak ada peluang..
Last-last dapat jugak..hehe!
Orangnya mesra sangat..

Sunday, June 7, 2009

Isi Masa Cuti Sekolah...


Tengah kusyuk tu..


Adoi..beratnyer


Taruk air banyak2..


Salam semua,

Masih lagi cerita pasal cuti sekolah..

Mula-mula cuti aku kena jaga asrama

Ader kelas tambahan untuk murid UPSR


Lepas tu balik ke kg. isteri di Rompin..

Boring jugak takder kerja nak buat..

Tengok depan rumah nampak semak...

Aku tawar diri meracun semak tu..

Cari tong pam racun..

Cari bekas racun...

Taruk ikut sukatan..

Tuang dalam tong pam racun..

Bubuh air sampai penuh...

Angkat kat belakang...

Pam injap lama-lama..

Tekan..

Sembur kat semak-semak tu..

Nampak senang kan...

Dah lama tak buat kerja ni..

Rasa sakit bahu...









Pesta Rompin 09

Antara permainan pantai


Barisan vespa klasik

Pentas utama

Salam semua..
Cuti sekolah ni, aku dan isteri balik kg. di Rompin.
Time cuti ni Pesta Rompin 09 dianjurkan selama 2 minggu dari mula cuti sekolah.
Pesta ni masih macam dulu, meriah dengan pelbagai aktiviti sukan pantai, ekspo dan fun fair. Tahun ni banyak jugak gerai-gerai aku tengok.
Jenguk -jenguk jer.
Saja-saja sibukkan diri...
Aku takder beli apa-apa.
Bawa anak buah main-main kat fun fair..


Thursday, June 4, 2009

SMPKV di Pahang


Salam semua..
Tempoh hari aku dan isteri pergi ke rumah kakak ipar aku di Kg. Padang, Jln. Kuantan-Sg. Lembing. Dalam perjalanan itu, aku terpandang papan iklan ni, tapi buat tak tahu jer. Bila nak balik tu, aku perlahan kan kereta nak tengok apa yang tertera pada papan ni. Rupa-rupanya kat situ adalah tapak Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional selepas SMPKV Indah Pura, Kulai Johor. Lokasinya dari sekolah aku dalam 10km jer. Tepi jalan besar yang sibuk dan berdekatan kawasan kampung. Dijangka siap pada tahun 2011.

Saturday, May 30, 2009

Badminton Terbuka Pahang

Aksi final perseorangan lelaki



Tengah kusyuk...

Salam semua..
Hari Jumaat lepas, aku dan isteri meluangkan masa tengok perlawanan akhir badminton terbuka Pahang. Rasanya dah lama tak tengok perlawanan badminton secara langsung. Malam tu aku tengok perlawanan akhir Datuk Lee Chong Wei. Kali terakhir aku tengok dia main masa kelayakan Piala Thomas kat Stadium Badminton Cheras, tahunnya aku dah lupa pulak. Masa tu dia baru lagi, berbeza dengan sekarang. Seperti biasa, dia menang lah walaupun aku tengok dia tak bermain secara serius.