Tuesday, October 13, 2009

SUKANEKA Asrama 2009

Salam semua,
Semalam 13/10/2009 bertempat dipadang
SK. Indera Mahkota (SKIM)
telah diadakan aktiviti tahunan asrama iaitu
SUKANEKA ASRAMA 2009
Macam biasalah...aktiviti ini sangat meriah
maklumlah budak-budak memang suka
aktiviti macam ini...
untuk tahun ini, aku, cikgu Ija dan cikgu Shida
sebagai warden asrama yang handlekan aktiviti ini
cikgu imran dan cikgu ejam tak dapat turut serta
sebab kena pergi kursus
kami dibantu oleh PPM asrama
yang diketuai oleh cik Normah dan lain-lain PPM
seperti en. hisam taib, cik farisha, cik fadzilah,
pn. ainon dan pn. nadia
tak lupa juga kepada guru-guru yang jadi hakim
cikgu Rahimi, cikgu Akma, cikgu Intan, cikgu CT,
ustazah Fazilah dan anaknya
isteri aku pun ikut tolong jugak..haha!
Last sekali penyelia asrama yang uruskan
pembelian barang-barang, makan minum dan cenderahati
Pn. Ainon Dollah..
Tahun ni acara tak banyak sangat
sebab kekangan masa
antara acara-acaranya...
bawa bola ping pong dalam sudu, bawa bola celah kangkang,
isi air dalam botol, cari gula-gula dalam tepung,
dan yang paling best sambut belon berisi air,
tiup belon sampai pecah, pecah belon guna kaki
Korang boleh tengok aksi-aksi yang sempat
aku rakam kan
tak banyak sangat sebab aku sendiri sibuk
uruskan acara dan peserta...
Aksi Afikah dalam acara cari gula-gula dalam tepung

Cikgu Akma sedang perhati aksi kumpulannya

Maliki sedang ambil gula-gula dengan mulut..

Aksi bawa bola celah kangkang

Azwanie bawa air dalam span...

Cikgu Shida dan cikgu Akma beri semangat tu...

Aksi Suraidi (Babak) tiup belon...

Jatuh lagi bola tu...

Ariff cuba main tipu...haha!!!









No comments:

Post a Comment