Showing posts with label Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Kerohanian. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Kahwin Pun Penuh Dosa

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah?Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran


Lelaki bagi 3,perempuan kena bagi 5.Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih.Apa benda tu?Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni?Kalau nak bagi hadiah,bagi,kalau mampu bagi banyak,bagi..tak mampu jangan paksa.Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni.Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut.Kalau mampu 4,bagi empat.Kalau mampu bagi 28,bagi 28.

2. Duit hantaran


Makin tinggi pendidikan anak gadis,makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar.Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar,tak nak malu dengan orang kampung.Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu.Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir


Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami.Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding


Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar


Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan


Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke


Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening


Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang


Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki


Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?

11. Budaya photographer


Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12. Budaya proposal


Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang


Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."
..............

Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.
Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants,she gets it.."


....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.

Monday, September 26, 2011

5 Syarat Untuk Bermaksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK 1432H


Salam semua...

Aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..
Semoga dibulan mulia ini kita dilimpahkan rahmat-Nya....amin

Wednesday, February 9, 2011

10 Perkara Di Dalam Suatu Perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi. "Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal.Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."
>
> 2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari. "Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
>
> 3. Anda masih perlu menghangatkan suasana."Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."
>
> 4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan. "Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama,bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar...
>
> 5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban."Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
>
> 6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
>
> 7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara. Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
>
> 8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga.Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
>
> 9. Hubungan seks ada turun naiknya.Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.
>
> 10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego.Jika
> terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan
> anda mungkin akan berubah hati.

Thursday, May 20, 2010

Ada hadis rupanya pasal sanggul tinggi tu...patut dah jadi trend akhir zaman..

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Sunday, November 8, 2009

Antara Emak dan Pasangan Kita....

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....

Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara ibu anda masih hidup

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada........ ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Monday, September 14, 2009

Munsyi Abdullah beri nasihat...

Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula, katanya, “ Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat.” Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.

Thursday, September 3, 2009

Penyakit Jiwa Manusia

al-ham, humum ( keresahan, gelisah )
- manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku. Menanti sesuatu, dia resah. Menunggu sesuatu, dia resah.

al- hazan ( dukacita, sedih )
- Ke atas sesuatu yang telah berlaku.

al-’ajz ( lemah )
al-kasl ( malas )
- Sifat lemah dan malas, membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif, yang tidak boleh diharap, yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab.

al-jubn ( sifat takut )
- Takut dalam menyatakan kebenaran. Takut dalam menyatakan yang hak. Takut melakukan sesuatu yang benar.

al-bukhl ( sifat kedekut )
- Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya. Enggan bersedekah, enggan memberi.

gahalabatid-dain ( beban hutang )
- Hutang yang banyak, yang melingkari tubuhnya. Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak. Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu seperti makan, minum, rumah, tempat tinggal dan sebagainya.
- Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu. Hanya semata- mata mengikuti corak kehidupan yang mewah. Melihat orang senang, dia ingin senang. Melihat orang mewah, dia ingin mewah. Melihat orang ada sesuatu, dia pun nak ada sesuatu. Maka dia sanggup berhutang. Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu, dan hamba perasaan, membawa kepada kedukaan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya.

Wednesday, August 5, 2009

10 Sebab-sebab Doa Tidak Diperkenankan Oleh Allah

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.
2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.
3. Kita mengakui bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.
4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.
5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.
6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.
7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.
8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.
9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.
10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Thursday, June 18, 2009

"Untukmu, sahabatku.."

Buat semua yang bersahabat....

Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka untuk mencari rezeki yang lebih baik. Setelah seharian berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika sampai di sebuah persimpangan..
Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak sangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.
Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah..
'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.
Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, sehinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.
Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'..
Sahabat yang bertubuh besar terpinga-pinga. Dia bertanya, "Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?"
Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."
Nota: Buat semua sahabat aku..terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai sahabat kalian

Thursday, May 28, 2009

Doa Harian

Salam semua...

Ni aku nak bagi tahu sikit kalau anda belum tahu tentang blog ni. Hari tu aku terjumpa blog yang pada aku sangat baik untuk kita orang Islam yang tak berapa tahu sangat tentang doa-doa harian. Blog ni siap sekali dengan video doa-doa harian dan juga sesuai kalau nak ajar budak-budak sekolah atau anak-anak kita. Anda boleh klik kat sini http://doaharian.blogspot.com/ untuk dapatkan maklumat.

Monday, April 27, 2009

Fakta menarik....

Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan 'pergi' ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh....

Monday, March 30, 2009

FADILAT SURAH-SURAH AL-QURAN

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescayaterpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusiadan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematianterkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orangyang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim sertanaiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dannescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapamembaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinyadilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahayarohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Denganmembacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibacaketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakarandan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescayaAllah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidakterhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkanpara malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuksipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yanglain :Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akanmembuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kotanur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggaldunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lainmengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allahsendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama paraMujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur matiSyahid.Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yangterkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaranukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat darigangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya iaakan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yangmungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamatdari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepadaorang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dustalagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar darisegala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca olehpenumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiapsembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akanterampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini,ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akanmendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akandi cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan danakan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surahini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan majuperniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yanghamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu denganselamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akanterhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatanserta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat darigangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepastiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikankemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, iaakan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membacayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehankepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat daripetir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescayaPenyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescayaanak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik danbida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atasperempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anakkandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orangyang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dariperjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapatrezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dandi akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanyailmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas danakalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akanmendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orangyang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnyalagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunyaakan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat darikecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpiyang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hariJumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orangramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, laluair itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamatdari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengansenafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yangberbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekalkepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Merekatidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akansempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapamembacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yanghendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membacaayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke ataskanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescayaia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapamembaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akanmembinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' ( Saba ')Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akanmemberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hatidan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescayaakan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satuhadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membacasurah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-mautitu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Akuingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segalahajat dan cita-citanya.Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Laluberdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibubapanya akan diampunkan oleh Tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia matipada malam itu, mesti ia mati syahid.Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya olehseorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akanmengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklahketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiatsurah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadithtetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripadagangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"