Showing posts with label Diri Aku. Show all posts
Showing posts with label Diri Aku. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Monday, July 23, 2012

Sekadar Berkongsi...

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam...

Disini aku mahu kongsi pautan Al-Quran yang ada translet ke ayat Rumi. Sesuai untuk orang pekak macam aku untuk belajar membaca Quran. Sebaiknya ketika membaca Quran ini ada orang normal yang arif untuk membimbing kita supaya bacaan kita tidak salah sebutan. Semoga amal ibadat kita berlipat ganda dibulan yang mulia ini. Amin.

http://quran.com/30

Wednesday, June 27, 2012

Basikal Baru Amar

                                                 Amar bergaya dengan basikal barunya.....

Monday, May 14, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Salam semua...

Sudah lama tak menulis dalam blog ini. Kesibukan masa dengan tugas mengajar selain menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tutor, merupakan antara faktor mengapa saya kurang mengemaskini blog ini. Tambahan pula, saya baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Jadi tumpuan saya lebih untuk menghadapi peperiksaan ini. Dan kini saya cuba meluang sedikit masa untuk menukilankan cerita tentang diri, kerja seharian dan kehidupan saya.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada rakan-rakan yang bergelar pendidik dan juga kepada bekas guru-guru saya yang telah mencurahkan ilmu kepada saya sehingga saya mencapai apa yang saya perolehi pada hari ini.

Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Terima kasih Cikgu....

Saturday, February 25, 2012

Wednesday, November 2, 2011

Ulang Tahun Pertama Anak ku, Amar

Kek hari lahir

Amar meniup lilin dengan bantuan Ayah & Umi


Thursday, August 4, 2011

SUPRISE HARI LAHIR......TERIMA KASIH KEPADA ISTERI TERSAYANG

Salam semua...

Hari ini adalah hari lahir aku
Tepat jam 12 malam
Isteri aku buat kejutan untuk aku
Sebiji kek dengan beberapa lilin








Sunday, July 24, 2011

Servis Radiator....


Salam semua...

Ni aku nak cerita pasal radiator kereta aku yg kena servis
Bukannyer apa....aku tgk air dalam tangki tu dah kaler mcm air sungai
So, kena lah sevis radiator tu..

Kalo korang baca pasal pam keta aku yg pecah dulu
Mesti korang paham lah bab-bab radiator ni
Kali ni paip getah pulak yg pecah
Maka aku pun hantar lah kereta kat Padang Lalang

Kat situ tempat yg best kalo nak servis radiator kat Kuantan
Kos pn xmahal (bergantung pd tahap kecederaan radiator korang lah)
Korang tgk air kt mesin kotak tu...
warna dier mcm teh tarik je
maknanyer banyak karat la..
kena bubuh ubat lagi




Rawatan guna air khas....

Boleh wat teh tarik siap ader buih lagi



Tuesday, July 19, 2011

Dalam Kembara....


Di alunan ini ku luah keresahan
Untuk menempuhi liku-liku dunia
Berdebar hatiku meneruskan langkah ini
Di manakah arah harus ku tujui.....

Sepanjang jalan penuh kesulitan
Apakah diriku akan berjaya
Hanya pegangan sebagai cahaya
Untuk menyuluh di lorong gelita.....

Oh Tuhan berikanlah semangat
Untuk ku terus berdiri.....
Agar dapat ku meneruskan langkah ini
Dan mencari kebenaran.....

Selagi riwayat belum berakhir
Takkan ku henti perjalanan ini.....

Friday, March 18, 2011

Kelas Pengukuhan Sains

Tarikh : 13 Mac 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 - 10.00 malam
Tempat : Bilik Gerakan, SKPK Kuantan






Wednesday, March 9, 2011

BBQ Depan Rumah Pulak

TARIKH : 8 MAC 2011
TEMPAT : TAMAN MAHKOTA PERMAI, INDERA MAHKOTA 15
MASA : 8.00 MALAM - 11.30 MALAM










Friday, February 18, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU LINDA & IKY




Sudah di inai-inaikan
Sudah di andam-andamkan
Tanda pengantin berseri-seri muka
Kini si dara jelita duduk beradat menanti
Bersanggul lintang dan berkebaya panjang
Ramai yang duduk keliling
Mawar di renjis-renjiskan
Tanda budaya pengantin pun di sandingkan
Duduk sejoli megahnya
Di singgahsana budaya
Sanak saudara sekeluarga bergembira
Semoga berbahagia....

Sunday, February 13, 2011

Tuesday, November 30, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Monday, November 1, 2010