Saturday, May 22, 2010

Thursday, May 20, 2010

Ada hadis rupanya pasal sanggul tinggi tu...patut dah jadi trend akhir zaman..

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru Sekolah 2010

Anak murid yang memberi hadiah

Ucapan daripada Guru Besar

Berisyarat lagu tema hari guru





Salam semua...

Semalam 17 Mei 2010
sekolah aku menganjurkan sambutan hari guru
peringkat sekolah
Tahun ini meriah juga dengan pelbagai aktiviti
yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf

Selain itu, terima kasih juga
kepada anak-anak murid aku
yang sudi memberi hadiah kepada aku
terharu sungguh aku...
walaupun aku ini kadang-kadang garang juga
tapi mereka tak ambil hati...

Di sini aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI GURU'
kepada semua yang bergelar 'GURU'
bahagia dan bangganya menjadi seorang 'GURU'....







Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010

Salam semua...
Pada 16 Mei 2010 yang lalu
telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan
bertempat di dewan kompleks sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP)
aku dan rakan guru pendidikan khas daerah Kuantan
menyertai koir berisyarat
kat bawah ni sedikit gambar-gambar yang sempat aku rakam
tak banyak sebab aku sibuk berisyarat
nak ambik gambar time berisyarat pun susah

Duduk kat kerusi Menteri Pelajaran jap...hehehe!!

Tumpang sekaki.....

Ucapan dari Yang Ber.......

Sebahagian ahli koir isyarat

Posing depan pentas

Pentas sambutan Hari Guru